BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 27, 2009

Peribadi orang yang beriman...


Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang beriman yang bila disebut
Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat
Allah kepadanya maka beRtambahlah imannya,sedang
mereka itu bertawakkal kepada tuhannya.” (Surah
Al-Anfal.Ayat:2)

Sepotong ayat di atas sudah terang lagi bersuluh buat
renungan kita bersama,bahawa betapa besarnya kegerunan
yang ada di dalam diri orang-orang yang beriman
apabila dibacakan ayat Allah kepada mereka.Menurut
ayat ini orang mu’min yang sebenarnya lagi sempurna
harus mempunyai sifat yang apabila disebut nama Allah
gementar hatinya kerana takutkan kebesaran Allah serta
bertambahlah keimanan mereka apabila membaca ayat-ayat
Al-Quran.Mereka juga sentiasa bertawakkal kepada Allah
dengan segala daya upaya yang ada bukan hanya tawakkal
tanpa usaha dan amal.Kemanisan di dalam melakukan
ibadah seperti solat yang mana mereka melakukannya
dengan penuh khusyuk dan ikhlas terhadap Allah swt.

Dosa kecil yang dilakukan,bagi mereka dirasakan
seperti gunung yang besar yang menunggu masa dan
tikanya untuk menghempap mereka.Manakala bagi orang
yang tidak beriman mereka tiada gentar dan takut
dengan azab Allah serta beranggapan dosa yang mereka
lakukan seperti berlalunya seekor lalat yang
menghinggapi di pipi-pipi mereka.Begitu enteng sekali
persoalan dosa pada pandangan mereka padahal dengan
dosa yang dilakukan mereka akan dihumbankan ke neraka
Allah swt.Berlainan pula dengan sikap orang yang
beriman,mereka terlalu takut untuk berbuat dosa kepada
Allah walaupun ianya kecil.

Penyakit yang ada kaitannya dengan dosa ini bukanlah
satu perkara baru kerana ianya telah diwarisi sejak
zaman-berzaman bermula dari anak Bapa kita iaitu Habil
dan Qabil.Perkara ini dijelaskan di dalam sebuah hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya:Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Umatku akan
ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa
umat-umat terdahulu”Sahabat bertanya,” Apakah
penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”Nabi
menjawab:Penyakit-penyakit itu ialah:terlalu banyak
seronok,terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak
mungkin,tipu-menipu dalam merebut harta benda
dunia,saling memarahi,hasud-menghasud sehingga jadi
menzalimi.”

Disebabkan krisis rohani yang ada maka kita melihat
penyakit-penyakit di atas sudah begitu berleluasa di
dalam masyarakat kita umumnya,dan yang paling
menyedihkan virus ini juga turut menyerang kita selaku
orang yang mengaji ilmu Allah khususnya.Benarlah apa
yang disebut ilmu yang tak diamal samalah seperti
pohon kayu yang tidak berbuah.Sama-samalah kita
renungi akan maksud hadis di atas dan menilai di
manakah diri kita yang sebenarnya?Ilmu yang berkat
itu,adalah ilmu yang dapat menyuluh tuannya dalam
menentukan dan membezakan mana yang baik dan mana yang
buruk.

Oleh itu taubat menjadi satu perkara wajib bagi
seorang hamba untuk keredhaan tuhannya,kerana orang
yang beriman hatinya terlalu takut dengan Allah,takut
dimurkai Allah.Sebagai seorang muslim perlulah kita
menghitung setiap amalan yang dilakukan agar ianyan
menjadi satu peringatan buat kita dalam tindak-tanduk
yang dilakukan.Sebagaimana yang berlaku pada Saidina
Umar,sebelum tidur beliau akan mengkoreksi
dirinya.Jika ada dosa dan kesalahan yang dilakukannaya
sepanjang hari itu,beliau akan akan memukul dirinya
hingga calar-calar.Selepas itu dia menangis
semahu-mahunya kerana mengharapkan ampunan Allah
swt.Oleh itu hendaklah kita menghitung dan menimbang
segala amalan kita sebelum ianya dihitung dan dihisab
oleh Allah swt sebagaimana yang telah disarankan oleh
Saidina Umar.

Realiti,kebanyakkan manusia yang normal lagi waras
tidak ada yang ingin mencampakkan diri mereka ke
jurang neraka,tidak ada manusia yang ingin dirinya
ditimpa kehinaan,tidak ada yang ingin dan seronok jika
dirinya dibenci dan tersisih.Pun begitu terdapat juga
dikalangan mereka yang waras tapi sengaja mendedahkan
dan mencampakkan diri mereka ke arah kemurkaan Allah
dengan melakukan perkara mazmumah seperti
fitnah-memfitnah,mengadu-domba dan sebagainya.Perkara
ini dianggap remeh oleh kita hakikatnya ia terlalu
besar dosanya di sisi Allah.Lupakah kita pada Abu
Lahab yang nama sebenarnya ialah Abdul Uzza bin Abdul
Mutalib,yang sering memburuk-burukkan Nabi Muhammad
saw, dengan menyebarkan fitnah dan mengadu-domba
kepada orang lain.Abu Lahab telah dicela oleh Allah
dengan mendapat celaka kerana perbuatannya itu.Ulama
menjelaskan bahawa pencelakaan itu bukan sahaja
menimpa Abu Lahab bahkan mereka yang berperangai
seperti beliau juga mendapat title tersebut.Mahukah
kita disamakan dengan Abu Lahab?Tentunya tidak….

Justeru itu,untuk menyelamatkan diri daripada
terjerumus ke lembah kehinaan,maka kita mesti
berwaspada dan menjauhi segala sifat terkeji serta
menghiasi diri dengan bunga-bunga mahmudah yang
keharumannya dapat memberi manfaat kepada diri dan
juga orang lain.Hidup ini dirasakan terlalu indah jika
dibungai kesedaran,dibajai ketaqwaan dan disusuli
ketenangan,mungkin ketenangan diperolehi seperti
tenangnya air dikali jika kita berjaya membahagiakan
hati kita.kita tidak akan bahagia selagi terdapat sisa
noda dan dosa didalam jiwa.Hanya jiwa yang suci
beroleh kemenangan.Semoga kita berjaya memimpin diri
kita kejalan yang diredhainya.Amin…

0 comments: