BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 27, 2009

My best fwen-forever


hehe... this is a scheme photo of my best fwen (anis). Or we can call her prof-becoming to be anis (InsyaAllah..).

She has gave me lots of motivations and consolations when i am in deed trouble.

and although she is the youngest among her siblings, but her mind and her style of making decision is like the oldest!

huhu.. really miss u anis. Hope u have a better life now. anyway, gudluck my fwen in everything u involved in.

Saturday, October 24, 2009

...Hasad Mata...


“Kalaulah ada benda yang lebih cepat dari qada’ dan qadar, benda itu ialah MATA. Awasilah ‘hasad mata’ atau ‘lontaran mata’.

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, baginda pernah memberitahu para sahabat dan umat Islam seluruhnya tentang adanya mata jahat yang sangat merbahaya. Menurut baginda, mata mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia dan juga menentukan nasib mereka. Ada mata yang baik dan ada mata yang jahat. Oleh itu, setiap orang diperingatkan supaya berhati-hati dengan mata yang jahat.

Ustazah juga menceritakan of how orang Arab menyembunyikan anak-anak mereka yang baru lahir dek kerana rupa paras yang cantik. Ini kerana, mereka risau bahawasanya pujian-pujian manusia ini bakal mendatangkan riak. Lantas, memberikan keburukan kepada anak tersebut. Lebih-lebih lagi pabila anak-anak ini dilihat dengan ‘hasad mata’.

Selain itu, kata-kata pujian yang berlebihan adalah dilarang bagi manusia kerna segala puji hanyalah bagi Allah SWT.

Dats y kita selalu je dengar bahawasanya gadis-gadis yang cantik lagi rupawan yang seringkali mendapat pujian dan sanjungan, end up dengan kehidupan yang melarat dan menderita. Remaja yang cerdik pandai di peringkat universiti kecundang di tengah jalan. Pasangan suami-isteri yang bahagia akhirnya berantakan.

Oleh itu, ustazah mensarankan kita, sekiranya anda atau sesiapa sahaja menerima pujian daripada seseorang atau banyak orang, balaslah dengan ucapan “MasyaAllah, La quata Illa billah”.

Sebagai pendinding daripada ketulusan mata jahat ini, ustazah Fatima El-Zahra berpesan supaya kita mengamalkan bacaan kalimah;

” A’uzubikalimatillah hittammah, min kulli syaitani wa hammah, wa min kulli’ ainin-lammah”

sebagai pelindung.


'Oleh itu, wahai sahabatku sekalian, berawaslah dgn hasad mata!'

(dipetik dari majalah Aniqah, oktober 2009)

Mari Melabur Emas!!!

Emas adalah bahan logam yang amat tinggi nilainya tidak akan jatuh dimakan inflasi. Emas merupakan logam yang lengai. Ia tidak bertindak balas dengan bahan-bahan lain. Dalam industri pembuatan, emas digunakan sebagai pemangkin kerana ia adalah bebas daripada menganggu logam-logam lain. Pendek kata ia tidak bertindak balas dengan logam-logam lain. Sifat emas yang inilah menyebabkan ia begitu berguna dan berharga dalam industri pembuatan. Yang menariknya, sehingga sekarang masih belum ada lagi saintis yang mampu membuat emas.

6 SEBAB UTAMA KENAPA ANDA PATUT MELABUR DENGAN EMAS!

1 - Trend kenaikan harga emas adalah sentiasa menaik. Dalam masa sebulan ianya boleh naik sehingga 5%. Pernah dicatatkan, harga emas naik 33.3% dalam tempoh setahun 2006 -2007. Sekiranya anda beli 100gram emas dengan RM100 per gram pada Jan 2006, iaitu RM10,000. Apabila anda menjualnya pada Jan 2007, anda akan mendapat RM 13,300. Maknanya anda untung RM3,300 hanya dalam setahun. Tidakkah ianya sangat lumayan ?

2 - Pelaburan emas amat tinggi pulangannya berbanding pelaburan ASB. ASB biasanya memberikan pulangan 8-10% setahun. Akan tetapi pulangan emas adalah 50 -100% lebih lumayan daripada ASB.

3 - Harga minyak naik – harga emas akan naik. Apabila minyak naik, semua harga barang akan naik termasuk emas. Jika anda membeli emas sekarang, anda akan mendapat keuntungan lumayan pada masa kenaikan harga minyak ini. Dan anda perlu ingat juga bahawa emas tidak dipengaruhi oleh INFLASI.

4 - Terdapat beberapa cara anda boleh mendapat keuntungan melalui emas. Kebanyakan daripada kita tahu emas hanyalah barang kemas. Tahukan anda dengan hanya bergantung kepada barang kemas, keuntungan yang diperolehi selepas menjualnya tidaklah seberapa besar, tapi masih menguntungkan.

5 - Diiktiraf oleh sistem kewangan Malaysia di mana Bank Negara sendiri memainkan peranan besar dalam menyedarkan kepentingan pelaburan emas ini kepada orang ramai. Sudah tentu ianya sah di sisi undang-undang dan juga halal dari segi Hukum Syariah.

6 - Terdapat banyak kemudahan di mana bank-bank utama di Malaysia seperti Maybank, Public Bank yang menyediakan skim pelaburan emas sebagai pelaburan orang ramai.

TERNYATA bahawa Pelaburan emas adalah satu pelaburan yang amat menguntungkan!!!

Jadi, mehla kte sume memulakan pelaburan emas ni secepat mgkn. Ibaratnye, lg cepat melabur, lg cepat kaya!